Tips Bersihkan Sticker Roadtax Kereta

Kali ini Kereta Sewa Penang ingin berkongsi tips untuk menghilangkan Sticker roadtax kereta yang susah nak ditanggalkan. Kalau tak kena gaya, baki sticker akan tertinggal dan mencacatkan cermin depan kereta. Oleh itu kami ingin tunjukkan bagaimana cara bersihkan baki sticker roadtax yang degil gila nak ditanggalkan.

Bahan yang diperlukan:
1. Air bersih
2. Tuala
3. Span pencuci pinggan yang lembut
4. WD-40 - boleh dibeli di kedai hardware.

Cara-cara mencuci
1. Alas dashboard kereta dengan tuala, untuk mengelakkan sisa terkena dashbaord.
2. Spray WD-40 keatas span, lalu gosok ke atas sticker yang susah ditanggalkan.
3. Gosok sehingga semua sticker tertanggal. Selalunya tak sampai 5minit.
4. Bersihan cermin dengan tuala dan air bersih.

Nota:
Anda juga boleh guna alkohol untuk menggantikan WD-40

Selamat mencuba.
Kredit to Aswani


Ingat Kereta Sewa, Ingat Amer - 013-4600 963
Kereta Sewa Penang
June Twenty Penang car Rental


No comments:

Post a Comment